Friday 24 July 2015

DOBI LAYAN DIRI D'GREEN LAUNDRY HOUSE, KULIM






Dobi layan diri ini bertempat di Kelang Lama.
Kami menyediakan sabun pencuci dan pelembut fabrik dengan PERCUMA. Sabun pencuci dan pelembut fabrik dipam secara automatik ke dalam mesin basuh. Oleh itu, anda tidak perlu bersusah-payah mengisi sabun dan pelembut di dobi kami. Malah sabun pencuci dan pelembut fabrik adalah produk Muslim. Wi-Fi yang disediakan adalah percuma 24 jam khas untuk keselesaan pelanggan.





Dobi kami memiliki lima mesin basuh dan lima pengering. Pelanggan boleh menonton televisyen yang disediakan khas untuk pelanggan sambil menunggu pakaian dibasuh atau dikeringkan.







Kemudahan lain yang disediakan sperti sinki untuk pelanggan membasuh tangan selepas memegang pakaian yang kotor. Oleh itu, pelanggan dapat mengeluarkan pakaian yang bersih tanpa was-was.









Terdapat dua buah meja buffet untuk kemudahan pelanggan juga. Para pelanggan dapat membuat pilihan untuk melipat toto, cadar, selimut, pakaian dan sebagainya di atas meja yang telah disediakan. Ini dapat meringankan beban pelanggan untuk pulang ke rumah melipat kain...sesuai untuk pelanggan yang ingin bereskan kerja dengan segera.





Terdapat 4 buah bakul yang disediakan untuk pelanggan yang tidak membawa bakul pakaian. Kami sediakan bakul-bakul ini untuk memudahkan pelanggan mengisi pakaian selepas cucian/kering agar tidak jatuh ke lantai. Pelanggan dapat menggunakan pakaian yang telah dibasuh tanpa was-was.


PERHATIAN

Adalah sangat penting bagi para pelanggan membaca terlebih dahulu notis dan tatacara yang kami sediakan agar proses sebelum, semasa dan selepas mendobi berjalan lancar.




TERIMA KASIH.